ISU-ISU PENYERTAAN AWAM
Penglibatan
orang awam dalam membantu Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) amat penting
bagi mengenalpasti masalah-masalah dan peluang-peluang di dalam kawasannya
serta memeriksa dan memahami
kandungan-kandungan rancangan pemajuan, mengemukakan rayuan, cadangan atau
pandangan. Menurut Jane Mansbridge (Professor Sociology Northwestern ),
"Participation does make better
citizens. I believe it, but I can’t prove it. And neither can anyone
else."
Memang
tidak dapat dinafikan penyertaan merupakan suatu elemen perlu dalam suatu
proses perancangan, fungsi-fungsi perancangan digunakan untuk menganalisis
maklumat dan nilai-nilai komuniti. Namun, situasi ini akan wujud hanya
sekiranya semua orang mengambil bahagian. Malangnya sehingga kini keadaan ini
masih. Selain itu, menurut Winston Churchill,
"Democracy is the worst system
devised by the wit of man, except for all the others."
Hal
ini jelas menunjukkan bahawa terdapat beberapa isu yang timbul yang melibatkan
orang awam dalam perancangan metropolitan samada dari isu yang timbul dari
pihak perancang, kerajaan mahupun orang awam itu sendiri misalnya:
1)
“Self interested”
Istilah
“awam” haruslah bermaksud semua orang dalam masyarakat iaitu sebagai individu yang
terlibat dan bukan hanya mereka yang merupakan ahli-ahli kumpulan pendesak
ataupun mereka yang mempunyai “self
interested”(kepentingan diri) sahaja. Tambahan pula, fahaman orang ramai
terhadap konsep penglibatan awam dalam perancangan metropolitan ini masih
keliru. Jadi, mustahillah bagi mereka ini terutama bagi golongan masyarakat di
luar bandar untuk melibatkan diri dalam penyertaan awam misalnya
program-program penyertaan awam yang dirancang oleh PBPT(Perancang Berkuasa
Pihak Tempatan). Sebaliknya, mereka yang biasa melibatkan diri ini biasanya
merupakan mereka yang mempunyai kepentingan
sendiri seperti pemaju ataupun mereka
yang menceburi dalam bidang perancangan.
Hal
ini demikian adalah bagi menjaga kepentingan mereka bagi memudahkan segala
perancangan yang dibuat oleh mereka tanpa mengira aspek keselamatan, alam sekitar
dan hanya bermotifkan keuntungan semata-mata. Adalah wajar untuk mendidik
masyarakat agar mereka lebih mengetahui keadaan pembangunan sesuatu kawasan,
untuk pendidikan sekitar serta keadaan pekerjaan .Jadi, tujuan atau matlamat
penyertaan awam ini adalah tidak tercapai kerana pada umumnya
program-program penyertaan awam ini hanya bertujuan memberi ulasan kepada
laporan pemeriksaan dan seterusnya mendapatkan maklum balas orang ramai tentang
hasil kajian, masalah-masalah, isu-isu semasa dan cadangan-cadangan am
perancangan pembangunan tanpa melibatkan orang awam dari peringkat awal lagi.
Misalnya, Projek Lynas di Gebeng Kuantan, Pahang yang menjadi isu hangat
apabila mendapat tentangan dari masyarakat setempat walhal projek terbabit
telah hampir siap 60% dan ia jelas menunjukkan tidak wujud langsung penglibatan
awam dari peringkat awal iaitu peringkat perancangan pelan projek.
2)
Sikap masyarakat yang tidak peka
Di
samping itu juga, motivasi, kebolehan dan sikap awam amat penting dalam
mempengaruhi keberkesanan penyertaan awam. Masyarakat perlu memahami akan
kepentingan penglibatan awam dalam perancangan metropolitan terutamanya bagi
menyuarakan cadangan atau bantahan akan sesuatu pelan perancangan yang
dirancang demi kebaikan akan datang. Kelemahan
faktor-faktor motivasi, kebolehan dan sikap sambil lewa masyarakat, sama
sekali boleh menggagalkan matlamat pameran dan matlamat perancangan untuk awam.
Kemungkinan besar ini berlaku adalah disebabkan orang awam mempunyai sikap yang
pesimis, negatif dan tidak mengambil peduli apa yang akan berlaku dalam
perancangan persekitaran mereka pada masa yang akan datang. Jika adapun minat
untuk menyertai, namun mereka tidak mempunyai kemahiran untuk berbuat demikian.
Selain itu juga, sikap sambil lewa masyarakat juga adalah disebabkan kurangnya
pendidikan dan mereka menyerahkan 100% perancangan kepada kerajaan tanpa
menyuarakan bantahan atau pendapat mereka sendiri.
3)
Kekurangan
pendedahan dan motivasi
Salah
satu isu yang wujud ekoran kegagalan penyertaan awam dalam perancangan
metropolitan adalah sikap dan faktor yang wujud dari pihak berkuasa. Lebih-lebih
lagi, pihak PBPT(Perancang Berkuasa Pihak Tempatan) dimana mereka gagal menarik
minat orang awam untuk turut serta dalam
perancangan. Misalnya kekurangan maklumat-maklumat
yang jelas, kekurangan kakitangan mahir, kekurangan penyertaan pihak
berkuasa di kawasan-kawasan luar bandar dan sebagainya. Oleh itu, sesetengah masyarakat
melihat usaha-usaha penyertaan ini sebagai “pembaziran masa”. Persoalan mengenai kos dan masa juga sering
diperkatakan dalam proses penyertaan awam dimana ia memakan kos yang sangat
tinggi. Namun, perlu diingatkan bahawa perancangan adalah “is a means and not and end”. Oleh itu, cadangan rangka kerja perlu
disediakan dalam sesuatu perancangan penyertaan awam pada masa dan tempat yang
betul. Perancangan bukan semata-mata latihan teoritis yang boleh dilakukan
mengikut had masa namun ia perlu dilakukan mengikut pemeringkatan yang betul
dan teratur bagi memastikan tiada isu yang timbul kelak.
4)
Pengaruh Politik dalam Perancangan
dan Pembangunan
Sama ada kita suka atau tidak,
perancangan tidak boleh dipisahkan daripada pengaruh politik kerana perancangan
pada asasnya adalah aktiviti politik. Sememangnya peranan ahli politik dalam
perancangan adalah lebih ketara. Ahli politik misalnya ahli bertanggungjawab
dalam menetapkan polisi, menggubal undang-undang, ordinan, belanjawan,
peraturan yang mempunyai kesan lebih kepada rakyat. Komponen eksekutif seperti
pihak berkuasa tempatan pula bertanggungjawab mencadang polisi, melaksanakan
polisi melalui pelan, program, projek manakala komponen kehakiman pula
menguruskan konflik berkaitan undang-undang. Terdapat isu yang timbul terutama
dalam perancangan metropolitan dimana ahli-ahli politik menggunakan kuasa dan
pengaruh mereka untuk memepengaruhi kuasa perancangan sesuatu projek demi
kepentingan mereka sendiri tanpa mengambil berat aspek keselamatan dan
kebajikan masyarakat itu sendiri.
Pendek
kata, penyertaan awam ini perlu dilihat dalam konteks yang luas. Ia perlu
melibatkan pertimbangan-pertimbangan tentang kualiti persekitaran
keseluruhannya dan sebarang perubahan perancangan terhadapnya. Dalam erti kata
yang lebih sempurna, penyertaan awam lebih daripada “an artificial abstraction”. Malah penyertaan awam ini mesti
mempunyai nilai sosial yang mengawal minat awam. Walau bagaimanapun, masih
nampak sedikit harapan dalam penyertaan awam ini kerana sekurang-kurangnya
usaha mendorong penyertaan awam telah kian dilaksanakan di samping isu
penyertaan awam pula semakin diberi perhatian di negara kita ini.